Kelas Microsoft Office Excel Dan Power Point
5 Februari 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 4 Februari 2019 yang lalu, Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Kelas Microsoft Office Excel dan Power Point. Seramai 6 orang pelajar lepasan SPM mengikuti kelas ini. Kelas ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet Engkilili.
Pengisian dalam kelas ini adalah tentang cara membuat jadual dan juga carta bar menggunakan Microsoft Office Excel. Peserta juga diajar memasukkan carta bar ke dalam Microsoft Office Word. Disamping itu, peserta juga diajar membuat slide pembentangan dan juga cara menggunakan hyperlink dalam pembentangan. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: